• Sat. Dec 7th, 2024

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Trajedi Batang Kali: Operasi SAR tamat hari ini

Dec 25, 2022
Spread the love

Hulu Selangor: Operasi dan menyelamat (SAR) insiden tanah runtuh di tapak perkhemahan di Father’s Organic Farm di Batang Kali, ditamatkan secara rasmi, 12 tengah hari ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, perkara itu dimuktamadkan selepas kesemua mangsa yang meninggal dunia seramai 31 orang ditemui.

“Pihak polis sudah memuktamadkan 92 mangsa terbabit berdasarkan keterengan pengusaha Father’s Organic Farm dan laporan polis diterima daripada waris mangsa. Daripada jumlah itu, 61 terselamat dan 31 lagi dikenal pasti terkorban.

“Semalam pada 4.30 petang, petugas berjaya menemui mangsa terakhir iaitu kanak-kanak lelaki.

“Jadi, selepas kesemua mayat ditemui, kami bersetuju dan bermuafakat untuk menutup operasi SAR pada jam 12 tengah hari, hari ini.

Menurutnya, operasi SAR di sini dijadikan rujukan dan contoh kepada kejadian bencana lain pada masa akan datang.

Operasi SAR di lokasi tragedi diaktifkan sejak 16 Disember lalu selepas pihak Jabatan Bomba dan Penyelemat Malaysia (JBPM) menerima panggilan kecemasan kira-kira 2 pagi.

Ini menjadikan seramai 31 orang disahkan terkorban manakala 61 mangsa berjaya diselamatkan dalam tragedi membabitkan 92 orang.