• Thu. Feb 6th, 2025

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Trauma dibakar rakan, remaja sering meraung di ICU

Jul 29, 2022 ,
Spread the love

KEMAMAN, 29 JULAI 2022 – Remuk hati seorang ibu apabila mengenangkan nasib anak lelakinya yang sering meraung di unit rawatan rapi (ICU) kerana tidak tahan dengan bahang yang masih dirasai pada badannya akibat dibakar hidup-hidup dalam kejadian di Kampung Perasing Jaya, Jabor di sini baru-baru ini.

Anisah Takzim, 50, berkata, anak bongsunya, Muhammad Fiqrie Adam Abdullah, 15, yang kini dirawat di ICU Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAF), Kuantan, Pahang juga sering mengigau teringatkan insiden terbabit.