• Mon. Sep 9th, 2024

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Tuan Guru sedang terima rawatan, mohon doa, solat hajat untuk kesembuhan

Jul 1, 2023
Spread the love

MOHON doa dan solat hajat khusus untuk kesembuhan Ayahanda Tuan Guru.

Kesihatan ayahanda sedikit merosot sebelum Aidiladha, dan kini sedang menerima rawatan dan pemantauan lanjut oleh pihak doktor di hospital.

Malah kehadiran ayahanda ke pelancaran jentera pilihan raya Dewan Pemuda PAS Nengeri Terengganu tempoh hari sudah pun dalam keadaan keuzuran, namun tetap digagahkan dirinya. (Foto atas)

Semoga Allah mengurniakan kesihatan dan kesejahteraan kepada Ayahanda Tuan Guru, berkat doa yang dipanjatkan oleh kita semua.

MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Rusila
12 Zulhijjah 1444