.
KENYATAAN MEDIA GERAKAN PEMBELA UMMAH
TUBUHLAH KERAJAAN PERPADUAN UMMAH PARTI-PARTI POLITIK MELAYU ISLAM
- Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) menyeru semua pimpinan parti politik Islam dan melayu agar berjiwa besar bagi menubuhkan sebuah kerajaan perpaduan ummah.
- Bermesyuwarah lah dan bermuafakat lah dengan berlapang dada melupakan segala sengkata bagi mengangkat kedaulatan agama, bangsa dan negara.
- Ahli parti dan rakyat sangat mengharapkan muafakat perpaduan ummah ini demi kelangsungan kesejahteraan rakyat dan kestabilan negara.
- Ini adalah kesempatan dan peluang yang sangat baik bagi semua parti Islam melayu membentuk satu gabungan parti dan kerajaan melayu Islam yang kuat dan stabil.
- Semoga pimpinan parti Islam melayu segera berdamai dan bersatu, kerana ada pihak lain yang sedang mengatur rancangan perpecahan yang lebih dahsyat lagi yang membawa kepada kemusnahan kepada agama dan bangsa.
- Jawatan dan pangkat bukan tujuan dan matlamat. Namun kuasa juga adalah penjaga kepada agama, bangsa dan negara.
- Janganlah gadaikan kuasa demi kepentingan jawatan dan kepentingan individu.
MOHD ZAI MUSTAFA
Pengerusi
Gerakan Pembela Ummah (UMMAH)
22 Nov 2022