Untuk kesekian kalinya saya menengaskan perlunya gabungan PAS -UMNO ( MN ) diteruskan dan diperkasakan. Ada dua sudut besar mengapa MN mesti diteruskan;
- Hukum Agama:
Terlalu baNyak ayat2 Allah dan Hadis2 Nabi yg memerintahkan agar kaum muslimin ini bersatu. Berdamai dan meninggalkan perbalahan dan perseteruan. Cukuplah jika saya bawa sepotong Ayat Alquran disini. Firman Allah:
{ وَأَطِیعُوا۟ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُۥ وَلَا تَنَـٰزَعُوا۟ فَتَفۡشَلُوا۟ وَتَذۡهَبَ رِیحُكُمۡۖ وَٱصۡبِرُوۤا۟ۚ إِنَّ ٱللَّهَ مَعَ ٱلصَّـٰبِرِینَ }
[Surah Al-Anfâl: 46]
Maksudnya: Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.
Pembentukan MN telah menjadi satu anugerah besar kepada Ummat Islam dan Bangsa Melayu di negara ini. Perbalahan yg berlarutan selama 60 tahun lebih telah berjaya dipadamkan pada hari MN diistiharkan. Curahan airmata kedua2 belah pihak menterjemahkan isi hati setiap kita yg sesungguhnya cintakan persaudaraan.
Oleh itu saya tetap percaya sehingga saat ini sanubari Ahli2 PAS dan Sanubari ahli2 UMNO masih sayangkan jalinan ini.
Cumanya kadang2 antara kita ada orang orang yang berkepentingan, gagal mengawal emosi dan lemah cintanya kepada agama, makanya mereka kurang cermat dlm menjaga anyaman ukhuwwah MN ini. Saya selalu sebut kepada sahabat2 saya ahli PAS, jangan balas apapun ucapan kasar pemimpin UMNO kepada PAS, kerana kekasaran seorang pemimpin UMNO itu tidak mengambarkan kehendak dan jiwa semua ahli UMNO. Begitu jugak dengan ahli UMNO. Kalaupun ada ucapan kasar pimpinan PAS kepada UMNO, itu tidak mengambarkan keinginan sanubari keseluruhan ahli PAS. Dalilnya Mursyidul PAS tanpa jemu jemu mengingatkan perlunya dijaga MN ini sebaiknya.
Lalu..tak bolehkah kita tumpulkan pertembungan yg tajam itu?. Saya menyeru sahabat2 saya dikalangan PAS dan UMNO yg masih berada dalam kelompok cintakan persaudaraan, kita terus bekerja menyatukan ummat dari dua parti melayu Islam yg terbesar ini. ISLAM dan PERSAUDARAN inilah KHEMAH BESAR kita. Khemah yang pernah dibangunkan oleh Rasulullah SAW. Kalaupun ada kelompok dalam PAS atau UMNO yang tidak sukakan persaudaraan, kita abaikan mereka. Lagipun mereka bukan kumpulan yg majoriti dlm kedua2 parti ini.
- POLITIK.
Tinjaulah dari sudut mana pun jika PAS atau UMNO bertanding sendirian kedua2 parti ini tidak akan berjaya memerintah negara. PH yg mempunyai gabungan pasti kembali menerajui negara. Lalu apa untungnya berpecah antara PAS dan UMNO?
Jika sudah tahu tindakan itu merugikan agama, bangsa dan negara tiba2 cenderung juga kearah perpecahan, maka itu adalah sebuah kesombongan dan kebodohan. Cukup2 lah berpolitik dengan sibuk melayan, kepentingan diri kelompok2 tertentu dan politik ammarah.
Sampai masanya negara ini diterajui oleh pimpinan yang bersih, yang cintakan persaudaraan, yang memandang jauh kehadapan demi kepentingan Agama,Bangsa dan Negaranya. Kita tidak mahu sebuah negara yg pemimpinnya lebih kerap ke Mahkamah berbanding masuk ke kampung dan desa merasai pergelutan hidup rakyat. Menyelami denyut jantung mereka yg masih bertatih dalam negara yang sekian lama mardeka ini.
Sewajarnya semangat kemerdekaan tahun ini ialah memerdekakan negara dari pemain2 politik yg bergelut dengan skandal korupsi, pecah amanah dan politiking murahan.
Jom Ahli PAS, ahli UMNO dan semua parti2 Melayu Islam, kita bersatu dibawah khemah besar Islam.
Ustaz Mokhtar Senik
Timbalan Presiden 1
Pertubuhan Pendokong dan Pencinta Ulama’ (Geng Ustaz)