• Thu. Sep 21st, 2023

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Tun M harap PN sapu bersih dalam PRN di enam negeri

Jul 22, 2023
Spread the love

KOTA BHARU: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyeru pengundi untuk memberi kemenangan kepada Perikatan Nasional (PN) pada pilihan raya negeri (PRN) 12 Ogos ini.

“Kita akan ada PRN, ada enam buah negeri akan ada PRN. Saya harap dapat sapu bersih.

“Kita semua orang Melayu, ramai yang berkata orang Melayu berpecah dan tak mungkin bersatu, tapi malam ini dapat lihat pemimpin parti-parti Melayu berkumpul di sini kerana nak memperjuangkan nasib dan masa depan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan di hadapan puluhan ribu rakyat yang hadir ke Program ‘Munajat Rakyat Kelantan Ppakat Pertahan’ di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini pada Jumaat.

Ia merupakan kemunculan pertama negarawan ulung itu di pentas Perikatan Nasional (PN).

Hadir sama, Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan barisan kepimpinan PN peringkat pusat dan negeri.

Menurut beliau, tidak mudah untuk orang Melayu menyerahkan pentadbiran kepada orang lain kerana mereka juga ada kebolehan untuk mentadbir.

Ujarnya, seluruh rakyat perlu keluar beramai-ramai untuk mengundi bagi mengalahkan calon lawan pada PRN nanti.