Bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad dibenarkan keluar dari Institut Jantung Negara (IJN) pagi tadi.
Beliau dimasukkan ke IJN, selepas disahkan positif Covid-19 pada 31 Ogos lalu.
Pejabatnya dalam kenyataan memaklumkan pengerusi Pejuang itu akan meneruskan kuarantin di rumah sehingga Selasa ini.
Pada 16 Dis 2021, Mahathir dimasukkan ke IJN untuk menjalani pemeriksaan kesihatan menyeluruh dan dibenarkan pulang seminggu kemudian, selepas menjalani “satu siri siasatan perubatan”.
Pada 7 Jan lalu, beliau sekali lagi dimasukkan ke IJN untuk menjalani prosedur perubatan elektif dan dibenarkan pulang enam hari kemudian.
Seterusnya, Ahli Parlimen Langkawi itu dirawat di Unit Rawatan Koronari IJN pada 22 Jan lalu dan dibenarkan pulang pada 4 Feb.