Dr Mahathir Mohamad memfailkan saman libel RM150 juta terhadap Anwar Ibrahim kerana mendakwa beliau memperkayakan diri, keluarganya dan rasis, antara lain.
Bekas perdana menteri berusia 97 tahun itu menuntut ganti rugi am RM50 juta dan teladan sebanyak RM100 juta.
Mahathir mendakwa kenyataan itu dibuat Anwar atas kapasitinya sebagai perdana menteri, oleh itu ia mempunyai kesan lebih teruk terhadapnya berbanding kenyataan sama yang dibuat rakyat biasa.
Katanya, dakwaan itu menjatuhkan imejnya sebagai negarawan dan bekas perdana menteri.