Berdasarkan hadith di atas, Rasulullah صلى الله عليه وسلم menggalakkan untuk menziarahi orang yang sakit atau orang yang sudah meninggal dunia. Ia adalah di antara hak yang wajib ditunaikan oleh setiap seorang Muslim.
Imam an-Nawawi mensyarahkan bahawa disunatkan ketika menziarahi pesakit dengan mengucapkan perkara yang baik seperti berdoa kepadanya, beristighfar untuknya, meminta kelembutan dan keringanan kepadanya serta yang seumpama dengannya. (al-Minhaj, 222/6)
Budaya ziarah-menziarahi merupakan sunnah yang amat digalakkan dalam syariat Islam. Amalan ini bukan sahaja dapat menyuburkan ikatan kasih sayang dan mendapat rahmat Allah SWT, malah 70,000 malaikat juga turut mendoakan rahmat ke atasnya.
Selain itu, seorang Muslim juga dianjurkan untuk membawa buah tangan dan memberi sedikit wang sebagai bantuan untuknya. Bahkan disunatkan juga untuk memberi nasihat agar banyak bersabar dan tabah menghadapi penderitaan yang dialami dengan sentiasa bersangka baik kepada Allah SWT.
Buku 40 Hadith Kematian
Shopee: https://bit.ly/37qjomu