• Wed. Sep 11th, 2024

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Umat Islam berhimpun bantah kebiadapan ahli politik Sweden bakar al-Quran di Masjid KLCC

Jan 27, 2023
Spread the love

KUALA LUMPUR: Hampir seribu individu mula berhimpun di hadapan bangunan Hampshire Place, yang menempatkan kedutaan Sweden di sini, bagi membantah tindakan seorang ahli politik Sweden, Rasmus Paludan membakar al-Quran di negara itu, Sabtu lalu.

Mereka yang mula berkumpul di Masjid KLCC sebaik selesai solat Jumaat dan mula berarak ke Kedutaan Sweden sebelum tiba kira-kira jam 2.30 petang tadi dengan diiringi Jabatan AMAL PAS.

Dalam pada itu, kira-kira 100 anggota polis berada di lokasi bagi mengawal keselamatan di perkarangan bangunan Hampshire Place selain menjaga lalu lintas di situ.

Antara penganjur perhimpunan adalah Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA), Parti Pribumi BERSATU Malaysia bersama komponen Perikatan Nasional serta beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam.

Himpunan sebagai tanda protes atas tindakan Rasmus Paludan dan menggesa kerajaan Sweden mengambil tindakan ke atas ahli politik terbabit.

Paludan, pemimpin parti politik sayap kanan Denmark Hard Line menyertai bantahan di hadapan Kedutaan Turkiye di Stockholm, bertindak membakar al-Quran dengan pemetik api.

Beliau bersama kira-kira 100 orang yang berhimpun itu berbuat demikian selepas Turkiye dilaporkan membantah keanggotaan penyertaan Sweden dalam Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).