SHAH ALAM, 22 OGOS 2022 – Bagi kami para asatizah, bukan memikirkan kejayaan sekelompok parti parti tertentu sahaja, tetapi kami memikirkan terhadap perpecahan yang menghancurkan umat Islam di negara ini. Belum cukup lagikah perpecahan puluhan tahun dahulu, menjadikan umat Islam lemah di tanah air sendiri?.
Dimana kekuatan ummah ini dengan penyatuan dan permuafakatan. Tanpa itu kita akan merempat di tanah air kita sendiri. Laungan penyatuan dan perpaduan ummat Islam ini perlu di perjelaskan sebelum berlakunya pilihanraya umum ini.
Jika kita asyik menunjukkan keegoan dan kesombongan sesama kita, nyatalah musuh akan bergembira dan mereka pasti akan mencapai kejayaan pula.
Kami menyeru kepada semua di kalangan kita untuk bermuafakat dalam satu kesatuan agar UMAT ISLAM di negara ini di beri kejayaan pada masa akan datang nanti.
Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani
Presiden
Pertubuhan Pendokong dan Pencinta Ulama Malaysia
Geng Ustaz Cintakan Ulama’
#perpaduanummah