UMMAH DESAK MENTERI AGAMA DAN MENTERI KOMUNIKASI BERTINDAK TEGAS KEATAS FILEM MENGHINA ISLAM- MENTIGA TERBANG (2021)
1. Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) telah menonton filem Mentiga Terbang yang telah mula ditayangkan di platform internet bermula pada 23 Jan 2023. Filem ini tidak melalui tapisan Lembaga Penapisan Filem Negara (Finas).
2. Filem ini agak mengejutkan apabila melibatkan beberapa babak dan dialog yang mencurigakan dan mengabui kemurnian dan kesucian agama Islam secara halus.
3. Filem ini seolah cuba mengambarkan Islam yang liberal dan tolerasi agama yang tidak menepati prinsip keimanan aqidah Islam yang sebenarnya.Ia memberi gambaran Islam yang tidak tepat dan mengelirukan generasi muda.
4. Ummah mendesak agar Menteri Agama dan Menteri Komunikasi menahan dan menarik segera filem ini daripada terus ditayangkan serta perlu disiasat oleh satu jawatankuasa khas bagi meneliti kandungan filem ini yang boleh menjejaskan kesucian akidah ummat Islam.
5. Ummah juga mendesak Menteri Agama agar sentiasa peka dan tegas serta segera menangani isu-isu yang menyentuh kesucian dan keaslian agama Islam bagi memelihara kesucian agama Islam setiap masa sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.
MOHD ZAI MUSTAFA
Pengerusi
Gerakan Pembela Ummah (UMMAH)
1 Mac 2023