• Mon. May 29th, 2023

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

UMMAH, lebih 185 NGO Islam sokong Muhyiddin sebagai PM-10

Nov 19, 2022
Spread the love

KENYATAAN MEDIA GABUNGAN NGO

UMMAH DAN GABUNGAN LEBIH 185 NGO ISLAM MENYOKONG KERAJAAN BERSIH DAN BERINTEGRITI – TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN SEBAGAI PM KE-10

Berikut adalah kenyataan media penuh UMMAH dan gabungan NGO Islam:

Gerakan Pembela Ummah bersama lebih 185 NGO Islam Malaysia bertarikh 18 November 2022 di Hotel Ideas Kuala Lumpur, telah membuat suatu ketetapan seperti berikut:

  1. Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) dan NGO Islam amat gusar melihat sokongan politik orang Melayu berpecah dalam PRU ke-15 ini dan kesannya DAP akan menguasai Kerajaan Malaysia melalui gabungan parti Pakatan Harapan.
  2. Sehubungan itu UMMAH dan Gabungan NGO Islam menyeru dan merayu Umat Islam seluruh Malaysia agar wajib (Fikh Al-Daulah) keluar mengundi dan menyatukan undi hanya kepada satu gabungan parti yang jelas mempertahankan kedaulatan agama, bangsa dan negara, serta bersih daripada rasuah, berwibawa dan berusaha memperkasa penyatuan ummah.
  3. Berdasarkan kepada penelitian dan penilaian calon dan parti yang bertanding, maka UMMAH dan Gabungan NGO Islam berpendirian bahawa calon dan parti yang menepati kriteria yang dinyatakan di atas adalah calon dan parti daripada gabungan Perikatan Nasional.
  4. Kami juga berpendirian berdasarkan kepada perbandingan dua calon Perdana Menteri iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Tan Sri Muhyiddin Yassin lebih memenuhi kriteria menjaga agama, bangsa dan negara serta menghormati bangsa dan agama yang lain (tidak memudaratkan kaum dan agama yang lain serta mengukuhkan perpaduan kaum dan nasional)
  5. Berdasarkan prestasi yang lepas Tan Sri Muhyiddin Yassin berjaya mengurus tadbir negara dengan baik dan berjaya mengemudi negara berdepan dengan masalah besar Covid-19 dan kesuraman terhadap ekonomi negara.
  6. Oleh itu, UMMAH bersama Gabungan lebih 185 NGO Islam dan para agamawan menyokong penuh Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon yang lebih layak dan berwibawa serta menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-10.

MOHD ZAI MUSTAFA
Pengerusi
Gerakan Pembela Ummah.(UMMAH)
Bersama Gabungan 200 NGO Islam

#TULARKAN!

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid034t8ZvCCoatQ5m3BrKHRmPUtkLq1RZnkFYRkzgQ8amPZjczdA4GL3wcUiDCgwJLgil&id=100064759993012&mibextid=Nif5oz