• Fri. Oct 11th, 2024

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

UMMAH seru umat Islam pertahan kalimah Allah

May 16, 2023
Spread the love

UMMAH SERU UMMAT PERTAHAN KALIMAH ALLAH

Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) menyeru semua pihak ummat Islam bersatu mempertahankan kalimah Allah tampa mengira ideologi dan perbezaan politik, daripada digunakan oleh pihak lain selepas pihak kerajaan menarik balik kes yang melibatkan pertikaian penggunaan kalimah Allah oleh pihak yang bukan beragama Islam.

Pihak kerajaan iaitu KDN telah menarik balik kes tersebut pada 18 April 2023 yang lepas.

Ummat Islam tidak boleh lagi berdiam diri dan mengharapkan kerajaan mempertahan kesucian agama Islam apabila kes ini telah ditarik balik oleh pihak
kerajaan sendiri.

Ummah menyeru semua pihak
termasuk pimpinan NGO dan pemimpin ummat Islam mendesak agar bersatu mempertahankan kalimah suci ini.

Ummah bersedia bersama-sama seluruh ummat Islam pada bila-bila masa mempertahankan kalimah suci ini sehingga turun ke jalanan jika diperlukan.

MOHD ZAI MUSTAFA
Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (UMMAH)

16 Mei 2023