• Fri. Oct 4th, 2024

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

UMNO, DAP berantakkan tunggu masa melingkup

Apr 16, 2023
Spread the love

FAKTA BUKAN AUTA .. Satu dunia tahu untuk sekian lamanya betapa D4P cukup alergik dengan UMNO dan UMNO pula cukup jijik dengan D4P. Tetapi atas nama pelahap, rakus dan mabuk kuasa, maka UMNO sanggup melutut dikaki D4P dan D4P pula bersedia menerima UMNO sebagai rakan politik.

Ini berlaku kerana D4P sedar yang rakan-rakannya dalam PH iaitu PKR dan PAN tidak mampu nak menarik sokongan warga Melayu kepada PH dan UMNO pula sedar bahawa MCA dan MIC sudah hilang kepercayaan warga Tionghua dan India kepada BN.

D4P mau menggunakan UMNO sebagai kenderaan untuk menarik sokongan warga Melayu/Islam kepada PH dan UMNO pula mengharapkan penghijrahan sokongan kaum Tionghua dan India kepada UMNO/BN.

Ianya amat mudah diatas kertas tetapi terlalu sukar dilapangan untuk dijadikan kenyataan.

Pimpinan D4P pun sedar bahawa UMNO bukan lagi parti yang mendapat sokongan kuat dari orang Melayu/Islam dan secara terbuka akui kelompok amat besar orang Melayu/Islam sudah bertekad kuat dan kukuh untuk bersama-sama dengan Perikatan Nasional.

UMNO pun sedar bahawa tiada jaminan pasti dan jitu yang penyokong-penyokong D4P akan memberikan sokongan dan undi mereka kepada UMNO/BN pada PRN 6 Negeri akan datang.

Kini secara realitinya hubungan UMNO dan D4P sudah mulai dingin dengan saling kurang mempercayai keikhlasan mereka dalam bersahabat.

UMNO masih lagi sukar nak kikis sikap mereka yang mau menjadi dominan dan abang besar sedangkan dari segi kekuatan, UMNO ini umpama rumah tersergam indah tetapi tiang serinya sudah repot dimakan anai-anai. Masih nak berlagak taiko tetapi berposisi hidup segan mati tak mau. UMNO umpama seekor harimau tua yang amat uzur yang sudah tiada gigi dan kuku. Hanya mengharapkan suara mengaumnya yang tersangkut-sangkut untuk berikan sedikit kegerunan kepada pihak lawan yang sedia tahu sekadar mana kemampuan dan kekuatan UMNO.

D4P pula masih kuat dengan prinsip perjuangan Malaysian Malaysianya.

D4P sebelum ini sering berkempen betapa MCA hanyalah sekadar budak suruhan UMNO sahaja sehinggakan melebihi 90% warga Tionghua sudah meninggalkan MCA dan berlonggok dibawah khemah dan payung D4P. Kini sudah ada suara-suara dilapangan kedengaran bahawa D4P kini secara beransur-ansur sudah menjadi budak suruhan UMNO pula apabila kisah pengampunan Najib menjadi bahan perdebatan hebat.

Jadi tidak hairanlah apabila D4P dan UMNO sudah mulai bercakaran dan saling sindir menyindir sesama sendiri.

Hanisya@OmakKau