25 tahun Anwar Ibrahim menfitnah UMNO. Selama 25 tahun itu lah juga bermacam macam rekayasa yang dilemparkan Anwar untuk menghakis kepercayaan rakyat terhadap UMNO dan pemimpin yang ada.
Sepanjang Aku terlibat dalam politik sejak 2008 Aku fikir sejak itu hingga PRU13 lah paling teruk UMNO difitnah Anwar Ibrahim.
Cukup cukup dasyat dan waktu itu Aku dan rangkaian perjuang yang lain bertungkus lumus lawan fitnah jahat ke atas UMNO. Banyak juga yang berjaya ditepis tetapi serangan Anwar Ibrahim yang dibuat secara mengejut pada minggu minggu terakhir kempen PRU13 gagal dimatikan dan itulah pada Aku fitnah yang terbesar ke atas seluruh ahli UMNO.
“UMNO bawa masuk 40 ribu warga Bangla mengundi PRU13”
Itu lah betapa dasyat nya fitnah yang Anwar lemparkan dan berjaya menghasut rakyat yang waktu itu mengundi Pakatan Rakyat. Ramai percaya bulat bulat rekayasa Anwar Ibrahim dan UMNO dilabelkan sebagai “Parti Banglasia”
Lepas Anwar kalah PRU13 satu himpunan dinamakan BLACKOUT dibuat bagi menghasut rakyat untuk protes keputusan PRU13 yang memihak kepada UMNO/BN. Dan sekali lagi Anwar Ibrahim menfitnah UMNO dengan tuduhan menang kerana “40 ribu undi Bangla”
Dasyat fitnah Anwar dan tak terkira banyak nya fitnah yang dilemparkan Anwar ke atas UMNO.
Tapi itu hanyalah sejarah yang mungkin dilupakan segelintir orang orang UMNO hari ini. Mereka mungkin tidak kisah apa yang Anwar buat kepada UMNO dahulu yang mana kesan nya sehingga hari ini UMNO ditolak Rakyat dan dilabelkan dengan pelbagai nama “UMNO BANGLASIA” UMNO RASUAH, UMNO RACIST, PEROMPAK, PENYAMUN dan pelbagai gelaran lagi.
Hari ini UMNO dengan bangga nya mengangkat Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. Bangunan UMNO pula dijadikan markas untuk Anwar dan konco konco PH yang selama ini menfitnah UMNO. Malah dengan bangganya pemimpin UMNO menyakinkan kepada ahli UMNO yang Anwar Ibrahim ini penyelamat UMNO.
Jadi apa yang tinggal pada UMNO hari ini selain daripada pemimpin BANGKAI yang bukan nya berjuang untuk UMNO melainkan untuk kepentingan mereka semata mata dengan menjilat Anwar Ibrahim yang 25 tahun menfitnah dan akhirnya membusukkan UMNO dimata Rakyat?
UMNO sudah tidak ada harga diri hari ini sepertimana yang dilaungkan pemimpin Pakatan Harapan selama ini.
Kepada pemimpin UMNO, Anwar sering menggunakan perkataan “HARAMJADAH” jadi itu lah yang selayak nya diberikan kepada kamu semua.
“HARAMJADAH”.