• Sun. Dec 8th, 2024

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

UMNO tak pelahap untuk bersama DAP

Jan 18, 2023
Spread the love

SEPANG – UMNO tidak ‘pelahap’ untuk bersama dengan DAP kalau bukan kerana Pakatan Harapan (PH), tegas Setiausaha Agung Veteran UMNO, Datuk Mustapha Yaakub.

Menurutnya, perlu diingat hubungan di antara UMNO dengan DAP dalam Kerajaan Perpaduan adalah atas nama PH dan bukannya dengan DAP.

“Kesediaan UMNO untuk bersama PH bagi menubuhkan Kerajaan Perpaduan demi menunaikan titah Agong setelah PH dan PN gagal menubuh kerajaan.

“UMNO telah bersedia untuk jadi pembangkang tetapi memikirkan kepentingan rakyat dan negara,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, Dr P Ramasamy yang membayangkan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selaku Presiden UMNO sebagai ‘beban‘ bukan hanya kepada parti itu, tetapi juga buat Pakatan Harapan (PH) dan Kerajaan Perpaduan.

Melalui satu hantaran dimuat naik di Faceebok, beliau menegaskan keputusan dibuat melalui Persidangan Agung UMNO (PAU) 2022 yang meluluskan usul jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan dalam pemilihan parti akan datang mungkin melegakan, tetapi kelihatannya seperti duri dalam daging kerajaan diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pilihan raya negeri (PRN) akan datang.

Jelasnya, PH yang memerlukan UMNO untuk menubuh kerajaan bukannya UMNO yang terhegeh-hegeh mahukan penubuhan kerajaan bersama PH.

“Kami ingin bertanya kepada Samy (Ramasamy) berapa ramai pengundi India di negara ini yang mampu memberi undi kepada calon India dan boleh menang tanpa sokongan kaum Cina dan Melayu?.