- Kira-kira 3,747,057 individu yang berumur 18 tahun keatas di Selangor mempunyai hak untuk memilih pemimpin yang bakal mengambil alih pentadbiran negeri pada 12 Ogos 2023 ini.
- Biarpun demikian, tidak semua sedar bahawa proses mengundi ini merupakan suatu amanah dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh setiap individu yang layak mengundi. Bahkan ada yang beranggapan bahawa proses ini tidak penting.
- Tidak dinafikan sesetengah orang kurang terdedah dengan isu politik. Perkara ini membuatkan mereka tidak cakna untuk memilih parti atau calon yang seharusnya dipilih. Ditambah lagi dengan sikap segelintir ahli politik yang bermasalah menyebabkan masyarakat makin muak dengan politik.
- Namun begitu, langkah berkecuali atau mengelakkan diri daripada mengundi bukanlah langkah yang terbaik kerana mengundi ini adalah soal masa hadapan kita juga. Bagaimana acuan pemerintah, begitu rakyatnya.
- Justeru, gunakanlah masa yang ada untuk mengkaji parti dan calon yang mana paling layak untuk diberi mandat memimpin negeri Selangor ini sebelum turun mengundi nanti. Pastikan undi diberikan kepada orang yang benar-benar layak, berpengetahuan dan mementingkan kebajikan rakyat, bukan yang mahu mengejar jawatan dan pangkat.
- Rakyat perlukan masa hadapan yang lebih baik, dan penyelesaiannya itu ada pada Perikatan Nasional.
Ayuh! Undilah PERIKATAN NASIONAL.
Media Penerangan
Perikatan Nasional Selangor
šIkuti informasi terkini dari page rasmi dan telegram PNSelangor šš»
https://t.me/PNSelangor
(Saluran Rasmi Hebahan PNSelangor)