• Fri. Jun 2nd, 2023

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Usah termakan janji saudagar mimpi, pesan Muhyiddin kepada pengundi awal

Nov 14, 2022
Spread the love

Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap kira-kira 265,531 pengundi awal yang akan membuang undi esok (15 November 2022) memilih Perikatan Nasional untuk membentuk sebuah Kerajaan Persekutuan yang Prihatin, Bersih dan Stabil.

Pengerusi Perikatan Nasional itu yang yakin pengundi sudah bijak memilih baik dan buruk, juga meminta mereka menunaikan tanggungjawab dengan sebaik-baiknya kerana ini adalah hak dalam sistem demokrasi untuk memilih mana-mana parti atau calon.

“Undi Perikatan Nasional untuk memastikan sebuah kerajaan yang Prihatin – tidak putus-putus mengutamakan kebajikan dan kesejahteraan rakyat, menyelesaikan masalah dan merangka wawasan maju ke depan.

“Sebuah kerajaan yang Bersih – didasari nilai integriti dan menolak rasuah, menampal ketirisan, agar hasil kekayaaan negara kekal di tangan rakyat. Duit rakyat diurus dengan amanah, untuk menjana pembangunan dan merancakkan semula ekonomi.

“Sebuah kerajaan yang Stabil – dengan keharmonian politik yang jitu, menjaga kepentingan semua kaum, melindungi kedaulatan negara.

“Jika ini yang anda mahu, undilah Perikatan Nasional. Pangkah Perikatan Nasional di kertas undi,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Muhyiddin yang juga bekas Perdana Menteri kelapan menasihatkan pengundi membuat pilihan dengan yakin dan percaya bahawa undi itu akan menyumbang kepada pembentukan sebuah kerajaan yang Prihatin, Bersih dan Stabil.

“Jangan termakan janji saudagar mimpi yang belum terbukti, atau mereka yang tidak mementingkan integriti.

“Lakukan tanggungjawab anda. Kita buka lembaran baharu, bersama-sama kita menggembleng semangat kesatuan, untuk Malaysia yang lebih aman dan makmur.
“Do what is right. Vote Perikatan Nasional. Undilah Perikatan Nasional. Kuasa ada di tangan anda. Pilih dengan yakin dan berani,” katanya.