• Fri. Dec 6th, 2024

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Ustaz Ahmad Dusuki selar kenyataan biadap Syed Saddiq

Aug 24, 2020 , , ,
Spread the love

SHAH ALAM – Ustaz Ahmad Dusuki YDP PAS Shah Alam menyelar kenyataan biadap yang dibuat oleh Ahli Parlimen Muar dengan menggeluarkan kenyataan berbunyi “Kalau hudud dikaksanakan, rakyat potong tangan, menteri potong kuku.”

Kenyataan menghina ini dikeluarkan susulan daripada isu tidak puas hati apabila menteri Perusahaan, perladangan dan Komoditi Dato’ Dr. Khairuddin Aman Razali dikenakan denda RM1,000 atas kesalahan gagal mematuhi perintah kuarantin yang ditetapkan.

Terdahulu, Dato’ Dr. Khairuddin telahpun memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia sejurus beliau membayar saman dan memulangkan semula gaji beliau selama 4 bulan selama beliau mentabdir dalam kementerian tersebut untuk dimasukkan ke dalam Tabung Covid-19.