Penceramah Bebas Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani mengingatkan umat Islam adakah tidak mengambil pengajaran daripada ‘peringatan’ Allah terhadap peristiwa bencana alam serta pandemik Covid-19 sebelum ini.
Ia dinyatakan Ustaz Ahmad Dasuki Abdul Rani susulan laporan tiket konsert kumpulan rock popular Britain, Coldplay habis dijual.
Menerusi hantaran di Facebooknya, beliau turut melampirkan tangkap layar sebuah portal dengan tajuk: Tiket konsert Coldplay ‘sold out.
“Jika kalian ingat dan tak lupa terhadap ingatan Allah setiap hujung tahun sahaja, ada sahaja peristiwa dan petunjuk Allah yang terjadi antaranya tsunami, banjir, Covid-19 selama dua tahun ini, tanah runtuh dan berbagai-bagai lagi yang Allah ingatkan kepada hambaNya.
“Apakah kita masih tidak mengambil pengajaran dari itu semua?
“Bagi sesiapa yang berhasrat dan membeli tiket ini, jika pun kalian tidak berasa takut dengan ingatan Allah ini, bantulah orang yang tak bersalah agar tidak menyokong program laknat ini,” katanya.
Media melaporkan, tiket konsert Coldplay: Music of the Spheres World Tour yang menjadi dijadual pada November depan, habis dijual semalam, sehari selepas jualan dibuka khusus untuk pengguna kad CIMB.
Salah satu penganjur konsert, Live Nation mengumumkan penjualan tiket ditutup kira-kira 1 tengah, kurang empat jam selepas jualan umum dibuka pada jam 10 pagi.
Kelmarin, prajualan tiket konsert Coldplay menyaksikan 400,000 peminat yang menunggu untuk membeli tiket secara maya, sekali gus mencipta rekod baharu buat penganjur GoLive Asia.