• Mon. Sep 9th, 2024

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Ustaz Dusuki kesal konsert Coldplay diteruskan waktu Palestin diserang

Nov 15, 2023 ,
Spread the love

Isu kedatangan kumpulan rock terkenal Britain, Coldplay ke Malaysia kembali hangat di kala dunia sedang bersolidariti membuak marah terhadap kezaliman Zionis Laknatullah ke atas rakyat Palestin

Pendakwah Bebas Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani kesal dengan pelaksanaan konsert kumpulan Coldplay yang dijadualkan pada 22 November ini di Bukit Jalil diteruskan.

“Dah tak lama lagi dah nak datang bala ke bumi kita. Apa macam puak puak liberal dan puak puak yang acah acah sokong umat Islam di bumi tertindas sana? Negara kita kita dah nak datang bala dah ni.. sokonglah kerajaan yang membenarkan maksiat ini!!! ada saham di sana nanti..” kata beliau melalui akaun Facebooknya hari ini.

Penganjuran konsert yang dibawa khas daripada luar ini pada waktu peperangan yang sedang berlaku di Gaza yang telah meragut ribuan nyawa umat Islam adalah sangat bertentangan dengan nilai agama.

Terdahulu, kumpulan rock British terkenal, Coldplay yang dianggotai empat lelaki iaitu Chris Martin, Johnny Buckland, Guy Berryman dan Will Champion dilaporkan bakal beraksi di jelajah yang diberi nama Music of the Spheres World Tour di Stadium Bukit Jalil.