• Mon. Sep 9th, 2024

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Ustaz Mokhtar menang saman pemimpin DAP

Mar 21, 2024 ,
Spread the love

KUANTAN, 21 Mac: Mahkamah Tinggi Kuantan petang ini menolak tuntutan sayap pemimpin DAP, Edry Faizal Eddy Yusof yang juga bekas ADUN Dusun Tua yang menyaman Al-Fadhil Ustaz Mokhtar Senik.

Tuntutan tersebut dibuat oleh bekas ADUN DAP yang juga Ahli Jawatankuasa Sosialis Muda DAP ketika itu apabila tersebarnya poster yang menunjukkan gambar ADUN tersebut kononnya menafikan penglibatan DAP dalam peristiwa 13 Mei 1969.

Dalam keputusannya Yang Arif Hakim telah membincangkan berkenaan dengan undang-undang berkenaan dengan fitnah.

Yang Arif menyatakan bahawa setelah meneliti keseluruhan keterangan dan juga dokumen yang dikemukakan Mahkamah mendapati bahawa pernyataan yang dibuat tidak terjerumus ke arah fitnah malahan ia hanyalah cemuhan bagi mereka yang menafikan penglibatan DAP dalam peristiwa tersebut.

Walau bagaimanapun, Mahkamah tidak membuat perintah atas kos oleh kerana ia melibatkan isu awam.

Dalam prosiding tersebut, Ustaz Mokhtar yang juga Timbalan Presiden NGO Geng Ustaz diwakili oleh Mohd Jamil Yaacob dan Kamarulzaman Jusoh dari Tetuan Srihana Mohamad & Partners. (Media Fastaqim)