• Mon. Sep 9th, 2024

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Ustazah Asmak selar himpunan LGBT cemar Hari Wanita

Mar 14, 2023
Spread the love

PERHIMPUNAN LGBT MENCEMARKAN HARI WANITA

Minda wanita
Oleh: Ustazah Asmak Husin

1) Pada 12 Mac yang lalu telah berlangsung sebuah himpunan dan perarakan sempena Hari Wanita Sedunia di hadapan Sogo, Kuala Lumpur.

Saya difahamkan tujuan perhimpunan ini diadakan untuk menuntut kebebasan dan memberikan hak sama rata kepada golongan L*BTQ di negara kita.

2) Persoalan saya kenapa setiap kali hari wanita perlu dicemari dengan perarakan melibatkan perjuangan lgbtq? Adakah golongan wanita simbolik kepada lbtq?

Wanita adalah kemuliaan agama. Jika dijadikan wanita sebagai simbolik kepada l*gbtq ia jelas menghina dan menjatuhkan maruah wanita.

3) Lebih merisaukan lagi, perhimpunan menggesa pengiktirafan l*btq bukan sahaja baru malah pernah berlaku pada tahun 2019 yang lepas.

Ini membuktikan golongan ini konsisten menyebarkan perjuangan sonsang ini dalam masyarakat kita.

4) Malaysia sebagai negara Islam yang jelas menolak pengiktirafan l*qbtq.

Daripada Jabir bin Abdillah R.A, bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

إنَّ أخوَفَ ما أخافُ على أمتي عملُ قومِ لوطٍ

“Sesungguhnya yang paling aku takut ditimpa kepada umatku amalan seperti kaum Lut.”

5) Sepatutnya dalam meraikan hari wanita, kita perlu pro aktif menggerakkan advokasi dan kempen kesedaran untuk membangunkan wanita, memperjuangkan hak dan kebajikan wanita. Bukannya mencemarkan sambutan Hari Wanita dengan tuntutan sonsang l*gbtq.

6) Malah saya turut difahamkan perhimpunan ini turut disertai oleh ahli parti politik, NGO & Mahasiswa.

Para ibu bapa sekalian saya mohon untuk kita pantau anak-anak di IPT agar mereka tidak terjebak di dalam perjuangan songsang ini.

7) Saya sebagai pendakwah menggesa pihak kerajaan terutama JAKIM untuk lebih tegas dalam isu ini agar ideologi perjuangan lgbt tidak terus mengakar di negara kita dan menggesa kerajaan Pakatan Harapan (PH) supaya tidak tunduk dengan apa saja desakan kumpulan LGBT ini.

8) Akhir sekali, saya ingin mengucapkan tahniah kepada pihak PDRM kerana menjalankan tugas dengan cepat dan tangkas dengan bertindak memanggil penganjur ke IPD.