• Thu. Feb 6th, 2025

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Usul kepimpinan individu Islampun tolak, mana letak kebebasan bersuara dalam AMANAH? Soal Dr Kamarul

Dec 28, 2020 ,
Spread the love

PENOLAKAN USUL “KEPIMPINAN INDIVIDU ISLAM DI SEMUA PERINGKAT (DALAM AMANAH)”: DI MANA KEBEBASAN BERSUARA DALAM AMANAH?

Ada juga rupanya AMANAH Kawasan berjiwa Islam seperti AMANAH Kuala Langat yang mengemukakan usul “kepimpinan individu Islam di semua peringkat (dalam AMANAH)”.

Usul ini malangnya telah dicantas awal-awal oleh jawatankuasa penapis usul yang menolaknya dengan alasan usul ini adalah bercanggah dengan Perlembagaan AMANAH.

Soalnya ialah takkanlah sebelum mengemukakan usul ini pencadangnya, iaitu AMANAH Kuala Langat, tak tahu bahawa ia adalah bercanggah dengan Perlembagaan AMANAH?

Jika pencadang usul ini tak tahu bahawa ia adalah bercanggah dengan Perlembagaan AMANAH macam mana pemimpin AMANAH Kawasan boleh tak tahu mengenainya?

Jika benar sekalipun usul ini adalah bercanggah dengan Perlembagaan AMANAH mengapa ia tak dibenarkan untuk dibahaskan oleh para perwakilan Konvensyen AMANAH?

Jika usul ini dibenarkan untuk dibahaskan serta diluluskan oleh para perwakilan Konvensyen AMANAH bukankah boleh Perlembagaan AMANAH dipinda untuk melaksanakannya?

Di mana kebebasan bersuara dalam AMANAH?