• Mon. Mar 17th, 2025

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Vaksin remaja Malaysia antara terpantas di dunia – KJ

Oct 22, 2021 , ,
Spread the love

Khairy Jamaluddin, berkata Malaysia menjadi antara negara yang memberikan suntikan vaksin kepada remaja terpantas di dunia.

Beliau berkata, hanya dalam tempoh dua bulan, 80 peratus kanak-kanak berusia 12 hingga 17 tahun sudah menerima dos pertama vaksin Pfizer.

“Dalam tempoh dua bulan, kita mampu memberikan 80 peratus penduduk berusia 12-17 tahun sekurang-kurangnya dos pertama vaksin Pfizer.

“Salah satu pemberian vaksin COVID-19 remaja terpantas di dunia,” katanya dalam ciapan di Twitter, hari ini.

Sementara itu, dalam ciapan berasingan, Khairy mengucapkan tahniah kepada Timbalan Menteri Kesihatan 1, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali dan Timbalan Menteri Pendidikan I, Datuk Dr Mah Hang Soon yang sebelum ini, dipertanggungjawabkan untuk mengendalian pemberian vaksin untuk kumpulan berkenaan.

Sebelum ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyasarkan tiga juta remaja di negara ini akan menerima vaksin Covid-19 sebelum sesi persekolahan 2022 bermula.

Khairy berkata, sasaran melengkapkan pemberian vaksin kepada golongan berkenaan adalah Petunjuk Prestasi Utama (KPI) KKM. – Malaysiapost

Kredit Foto: Facebook/KKM