• Tue. Jan 14th, 2025

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

[VIDEO] 5 kereta tertimbus dalam kejadian tanah mendap di Serdang

Jan 25, 2022
Spread the love

SERI KEMBANGAN, 25 JANUARY 2022 – Sebanyak lima kenderaan yang diletakkan di tepi Jalan LP 1A/2 Lestari Perdana, Bandar Putra Permai di sini rosak selepas tanah mendap berlaku di kawasan itu pada Selasa.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 6.38 petang.

“Sebaik tiba, kita mendapati berlaku mendapan berhampiran longkang sehingga mengakibatkan lima kenderaan pelbagai jenis mengalami kerosakan,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Norazam berkata, dilaporkan tiada mangsa terlibat dalam insiden itu. Sinar