• Fri. Oct 7th, 2022

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

[VIDEO] Ditarik tauliah di Selangor tapi tetap gemilang di bumi Darul Iman

Aug 2, 2022 , ,
Spread the love

SHAH ALAM, 2 OGOS 2022 – Pelbagai lapisan usia hadir membanjiri perkarangan Drawbridge bagi memeriahkan Program Geng Y Mega Gathering Sembang Santai pada 31 Julai malam baru-baru ini.

Program yang dimandikan dengan penampilan istimewa dari Penceramah-Penceramah hebat tanahair terdiri daripada Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Ahmad Dusuki dan Ustaz Kamaruzaman ini telah menjadi tarikan rider-rider motorsikal untuk sama memeriahkan majlis pengisian ilmiah dengan pelbagai topik menarik.

Ustaz Ahmad Dusuki turut berkongsi kegembiraan nya menerusi laman Facebooknya.

“Alhamdulillah, terima kasih kepada semua yang menjayakan majlis Karnival Gen-Y , Al-Fadhil Ustaz Azhar Idrus dan para jemaah hadirin yang memeriahkan lagi suasana majlis semalam.

Tahniah kepada semua rider-rider anak muda dari semua peringkat negeri datang memeriahkan lagi.
.
Jazakallah, semoga berjumpa di lain hari di program yang sama.”