SHAH ALAM, 27 JUN 2023 – Semalam dilaporkan sesi ‘live’ di TikTok yang dihoskan oleh Menteri Komunikasi Fahmi malam tadi berakhir dengan Ketua Penerangan PKR itu mengancam penontonnya dengan tindakan kerana memuat naik komen mengkritiknya dan kerajaan campuran.
Fahmi yang mengadakan sesi secara langsung selama lebih dua jam dilihat menerima komen negatif termasuk mempersendakannya serta mempersoalkan banyak dasar kerajaan.
“Semua anda yang masuk dalam ‘live’ saya dan mengeluarkan kenyataan ini, anda sedang dipantau oleh pihak berkuasa.