• Sun. Jan 26th, 2025

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

[VIDEO] Gelandangan Port Klang dapat rezeki rasa roti MATAN Bakeri

Jan 12, 2022
Spread the love

SHAH ALAM, 11 JANUARI 2022 – Walaupun ia hanya bantuan kecil, pek roti sumbangan MATAN BAKERI milik Ustaz Ahmad Dusuki untuk mereka, namun cukup bererti dan menginsafkan.

Sebanyak hampiri 100 bungkus roti diedar semalam oleh Pengerusi KASEH, Encik Izam Awalludin, Puan Ros dan sukarelawan NGO Anggerik Care kepada para gelandangan yang sedang bersantai menunggu waktu untuk tidur.

Kumpulan ini berjalan daripada bandar Pelabuhan klang diakhiri di bandar Klang bermula jam 9 malam sehingga jam 11.30 malam.

Menurut Encik Izam, Pengerusi Pertubuhan Komuniti Sahabat Harmoni Malaysia (KASEH) memberitahu bahawa NGO KASEH dengan kerjasama, Bakewanis, Ummah Care, KRC, Pondok Motivasi, Yayasan Amal dan Anggerik Care telah menubuhkan sebuah pusat khidmat bantuan sosial untuk membantu golongan gelandangan yang berpotensi untuk berubah.

Penekanan dalam aspek kaunseling, bimbingan dan motivasi dilaksanakan bagi meningkatkan daya tahan serta mengubah sikap dan tingkah laku mereka.

“Selain daripada kita memberi para gelandangan ini makanan dan minuman kepada mereka, kita mesti mendapatkan maklumat mengenai mereka dan kita mesti mencari solusi supaya golongan seperti ini dapat keluar daripada ‘gaya hidup’ yang mereka lalui pada hari ini agar mereka dapat menikmati kehidupan yang lebih baik dari sebelum ini,” katanya lagi.

Sama-sama kita doakan mereka di lokasi seperti ini dapat kembali ke kehidupan normal seperti orang lain, berusaha dan kembali dekat dengan pencipta. Tujuan hidup kita bukan sekarang, tapi tujuan hakiki adalah mencari bahagia di akhirat kelak.