JASIN: Perjalanan tiga sekawan bercuti di pusat peranginan A’Famosa Resort di sini berakhir tragedi apabila seorang daripada mereka maut dig!lis lori dalam kemalangan di kilometer 176.6 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara di sini hari ini.
Dalam kejadian pukul 12.30 tengah hari itu, Muhammad Shahrul Fadzli Jemahal, 24, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri, Superintenden Hasan Basri Yahya berkata, kejadian berlaku ketika mangsa dan dua lagi rakannya masing-masing menunggang motosikal dalam perjalanan dari Pekan Nanas, Johor ke A’Famosa Resort.
Menurut belia, setiba di lokasi mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha 135LC cuba memotong sebuah lori, namun bergesel dengan motosikal rakannya.
“Semasa cuba memotong, motosikal ditunggangi mangsa hilang kawalan dan bergesel dengan dua buah motosikal rakannya.
“Ketiga-tiga mereka terj4tuh dan kepala mangsa dig!lis oleh lori tersebut,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.
Mengulas lanjut, Hasan berkata, dua lagi penunggang berusia 31 dan 36 tahun bagaimanapun terselamat tetapi mengalami kecederaan di bahagian badan, kaki dan tangan.
“Mangsa yang dig!lis meninggal dunia di tempat kejadian, manakala dua lagi rakannya dikejarkan ke Hospital Alor Gajah untuk diberikan rawatan.
“M4yat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik hospital sama bagi proses bedah siasat,” katanya. – UTUSAN