• Thu. May 1st, 2025

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

[VIDEO] LGBT: Razman kata “No Komen”, minta rakyat nilai sendiri

Mar 15, 2023
Spread the love

https://youtu.be/ztqYBB4fRTM

LENGGONG, 14/03/2023 – Baru-baru ini tular sebuah video yang dikatakan telah berlangsung perarakan kumpulan LGBT namun berselindung di sebalik perhimpunan Hari Wanita di Kuala Lumpur pada hari minggu lalu.

Ditanya mengenai perkara tersebut, Pesuruhjaya PAS yang juga Ketua Pembangkang Perak Tuan Haji Razman Zakaria mengambil pendirian tidak mahu mengulas mengenainya dan hanya meminta Rakyat melihat dan menilai sendiri tentang situasi yang berlaku.

“Yang tu tak perlu ulas, rakyat tengok sendiri, nilai sendiri. Pak Teh (Razman) tak ada komen apa. Rakyat tengok sendiri (dan) nilai sendiri”, ujarnya ringkas.

Beliau berkata demikian ketika meninjau program sumbangan ‘back to school’ yang diadakan di Pusat Khidmat ADN (Ahli Dewan Negeri) Kenering, pada Selasa.

Terdahulu beliau yang juga YDP (Yang Dipertua) PAS kawasan turut merasmikan program sama (sumbangan back to school) anjuran Lajnah Pendidikan Dewan Muslimat PAS Lenggong.

Lebih 100 murid mendapat sumbangan uniform di Pusat Khidmat ADN Kenering manakala anjuran Muslimat di markas PAS pula 27 murid lagi menerima sumbangan berupa beg sekolah, alatulis dan wang tunai berjumlah RM100 bagi setiap penerima.

Untuk rekod, Perdana Menteri telah membuat tuntutan saman terhadap Razman berhubung kenyataannya mengaitkan beliau dengan LGBT dalam kempen pru15 hujung tahun lalu di mana akhirnya Razman telah membuat permohonan maaf di mahkamah berhubung perkara tersebut.