• Fri. Oct 7th, 2022

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

[VIDEO] Mulianya hati anak muda selamatkan anak kucing dalam longkang

Jun 18, 2022
Spread the love

IPOH, 18 JUN 2022 – Ketua Pemuda PAS Perak Ustaz Hafez Sabri telah memuatnaik video berserta peristiwa beliau bersama beberapa orang sahabat menyelamatkan seekor anak kucing yang tersepit di dalam longkang.

Berikut adalah tulisan yang beliau kongsikan:-

Peristiwa sekejap tadi…

Anak kucing ini jatuh dan tersepit dalam lubang longkang besar yang dalam tadi, waktu lalu kawasan ni tadi kami terdengar bunyi suara anak kucing ni minta tolong (bunyi kucing)…tak tahu berapa lama dah jatuh dalam tu…Allah sedihnya kami tengok keadaan anak kucing ni kesian betul mesti dia sejuk sangat sebab tersepit dalam lubang longkang air…

Terus kami usaha bantu selamatkan anak kucing ni, syukur dapat diselamatkan..hebat perancangan Allah gerakkan hati kami lalu dikawasan ni dan dapat dengar suara anak kucing yang perlu diselamatkan. Kebetulan kami seda0ng jalankan program bersih sungai dan alam sekitar disini pagini.

Syukur ya Allah bagi peluang pada kami selamatkan nyawa anak kucing ni…sekarang kami sedang uruskan anak kucing ini untum dijaga dengan baik InshaAllah.

Lokasi kejadian di Kampung Dato Ahmad Said 3 Gugusan Manjoi Ipoh Perak.

Terbaik anak muda, semoga usaha baik mereka ini mendapatkan ganjaran dari Allah, Aamiin.