Polis Diraja Malaysia (PDRM) diminta mengambil tindakan segera terhadap satu lagi video tular memaparkan seorang lelaki menghina agama Islam dan Nabi Muhammad SAW.
“Ini satu lagi video tular menghina Allah dan Nabi Muhammad SAW. Minta pihak PDRM segera ambil tindakan.
“Harap orang ramai jangan termakan provokasi beliau. Negara ada undang-undang. Orang yang menghina agama ni biasanya bermasalah mental,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.
Berdasarkan video yang tular terbabit, lelaki berkenaan dilihat bertindak menghina agama Islam dan Nabi Muhammad SAW serta mencabar pihak-pihak yang mempertahankan agama Islam supaya berdepan dengannya.
“Isu hina Islam…Geng-geng NGO yang berslogan (pertahankan Islam). Beginilah, aku nak kau orang try dengan aku..sebab aku memang rela mati punya orang.
“Jumpa terus bunuh..jangan cakap banyak,” katanya.
Sementara itu berdasarkan beberapa mesej yang tersebar di media sosial, lelaki berkenaan dikatakan dikenali sebagai Muzli Juling dan menetap di Puchong, Selangor.
Turut tular video berdurasi 27 saat memaparkan individu yang didakwa menghina Islam itu dalam keadaan muka berlumuran darah dipercayai dipukul.
“Saya dah kena (pukul) ni,” kata lelaki terbabit, selain turut di dengar suara beberapa individu lain yang mengarahkannya membuat laporan polis serta mengingatkannya supaya tidak mempermainkan soal agama.