• Fri. Oct 4th, 2024

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

[VIDEO] Pemuda PAS Selangor selar kenyataan Amiruddin

Mar 20, 2023
Spread the love

Pemuda Pas Selangor menempelak dakwaan Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari yang menyamakan gelombang hijau parti itu dengan gelombang fasis.

Ketua Pemuda Pas Selangor, Mohamed Sukri Omar menyifatkan dakwaan Menteri Besar itu menggambarkan ketakutan Pakatan Harapan (PH) dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini

“Ketakutan PH di Selangor dapat dizahirkan melalui ucapan fitnah Menteri Besar dalam Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang menyamakan gelombang hijau dengan gelombang fasis.

“Ia merupakan bukti betapa terdesak PH di Selangor sehingga membawa label jahat bagi menakut-nakutkan rakyat.

“PH wajib dikuburkan dalam PRN akan datang, hakikatnya PH saban hari menguburkan demokrasi dan kebebasan bersuara di dalam negara serta bertindak seolah-olah kerajaan kuku besi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Muktamar Tahunan Dewan Pemuda Pas Negeri Selangor Kali Ke-57 di Dewan Al Hafiz di Kota Raja di sini pada Ahad.

Mohamed Sukri menambah, Pemuda Pas Selangor turut menggesa agar Menteri Besar bercuti sementara siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam isu projek rundingan terus RM700 juta Sungai Klang masih berjalan.

“Kami juga bersedia pada bila-bila masa bersama-sama barisan pemimpin politik, para pemimpin masyarakat dan dengan sokongan rakyat seluruhnya akan mengambil alih pentadbiran kerajaan Persekutuan kini dipimpin kerajaan yang gagal membawa aspirasi rakyat dalam pentadbiran.