KLANG, 14 FEB 2022 – Atas usaha dan kegigihan Pengerusi serta sukarelawan Rumah KASEH yang turun setiap minggu menghantar makanan, secara tidak langsung NGO ini telah mengislamkan seorang gelandangan di Pelabuhan Klang semalam.
Sebagai usaha mendekatkan golongan gelandangan dengan ilmu agama, Pengerusi NGO Rumah KASEH Norizam Awalludin juga mengambil inisiatif mengadakan pusat mengaji yang terletak di bangunan MPK, Hentian Bas Pelabuhan Klang.
Aktiviti yang berlangsung setiap Ahad selama 45 minit hingga satu jam, nyata berbaloi kerana telah beberapa orang anak-anak Rakan Jalanan yang mengikuti kelas berkenaan telah diserap masuk ke pusat Tahfiz milik NGO i-Care yang terletak di Puncak Alam, Klang.
Menurut Norizam, buat masa ini kelas tersebut dikendalikan oleh rakan-rakan mereka yang tahu mengaji kerana masih belum mampu untuk mengupah ustaz untuk menjadi tenaga pengajar.
Selain itu, pihaknya turut memerlukan dana daripada orang ramai untuk menampung keperluan golongan ini ketika mengaji di sini. Norizam boleh dihubungi di talian 012-2258594.
Turut turun membantu malam tadi bersama Media Khidmat Malaysia adalah Ustaz Azman, Ustazah layli, Azman, Zambri, Abg Saaidon, Kak Ros dan Kak Siti Ameelia.