• Fri. Oct 4th, 2024

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Video Ustaz Ahmad Dusuki layan ibunya undang sebak

Feb 18, 2022
Spread the love

SHAH ALAM, 18 FEB 2022 – Dalam perkongsian video di laman Tik Toknya, Pendakwah Bebas ini memberitahu bahawa sebagai anak lelaki, wajarlah berbuat baik kepada insan yang bergelar bonda.

Kerana di situlah rahmat dan keberkatan yang Allah sediakan. Ibu lah yang telah membesarkan kita maka jangan diangkat suara kita di depan ibu kelak nerakalah balasannya.

Berhati-hatilah kerana satu hari nanti kita semua akan tua.

Video yang menraih tontonan sebanyak 27 ribu pengikutnya di Tik Tok turut sama menzahirkan kesayuan dan terkesan dengan kata-kata Ustaz Ahmad Dusuki yang Penuh dengan nasihat dan pengajaran.

Kita dengan bonda,
jagalah hatinya setiap masa,
terguris luka hatinya,
sengsaralah di hadapan muka,
tiada erti harta dan takhta,
jika hati bonda tidak di jaga..
hati bonda..
nilaian syurga..