SHAH ALAM, 12 MEI 2023 – Pendakwah Bebas Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani mengesa umat Islam menolak kepimpinan Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim.
Ustaz Ahmad Dusuki berkata di dalam laman Tiktoknya berkata kepimpinan Anwar wajar ditolak selepas Perdana Menteri mengalu-alukan kedatangan Kumpulan muzik British Coldplay ke Malaysia.
Ustaz Ahmad Dusuki menambah, kedatangan Coldplay mengundang kemusnahan kepada negara kerana mempromosikan kemaksiatan LGBT.
Beliau berkata mereka yang menyokong kedatangan Coldplay pada November ini bermakna mereka memberi sokongan kepada puak LGBT di Malaysia.
“Kami tidak mengucapkan selamat datang kepada Coldplay kumpulan penyanyi LGBT ini. Bagi sesiapa yang menyokong kehadiran Coldplay ini, maknanya mereka menyokong LGBT dan akan bersama kumpulan yang demikian (LGBT).”
“Dan bumi Malaysia ini bukan untuk dimusnahkan tetapi Malaysia ini bumi yang mesti dibangunkan dengan semangat yang disebut sebagai hiburan yang baik, membina masyarakat bukan hiburan yang menghancurkan dan meruntuhkan akhlak masyarakat di masa akan datang nanti”
“Tiada ucapan selamat datang kepada Coldplay dan tiada selamat datang kepada mereka yang ingin memusnahkan negara ini.”
“Katakan TIDAK kepada mereka yang menyokong Coldplay.” Kata Ustaz Ahmad Dusuki diakhir rakaman videonya itu.