• Fri. Oct 7th, 2022

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

[VIDEO] Ustaz Dusuki tegur, hijabis Malaysia di Korea menari tergedik-gedik

May 14, 2022 , ,
Spread the love

Terkini, kisah seorang pelajar Malaysia yang sedang menuntut di sebuah universiti di Korea Selatan iaitu Sabrina telah mendapat perhatian gara-gara kenyataan yang diberikan kepada media.

Disebabkan kecaman tentang dirinya tular hampir di semua media sosial, ramai yang tampil memberikan respon dan pendapat masing-masing sampaikan menarik perhatian beberapa golongan pakar agama.

Berikutan itu satu video stitch yang dimuat naik oleh seorang pendakwah bebas dikenali sebagai Ustaz Shariff Al-Azhari di TikToknya @shariffalazhari telah meminta Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani seorang Pendakwah Terkenal memberi kenyataan padu tentang isu Sabrina.

Ustaz Ahmad Dusuki mengatakan bahawa seseorang itu tidak salah untuk menari mengikut jenis tarian yang mereka minati namun janganlah sampai melebih-lebih sehingga mengundang salah faham.

“Nak menari tu boleh tapi janganlah sampai tergedik-gedik depan orang., jangan sampai menampakkan bentuk tubuh badan yang menggiurkan” kata Ustaz Ahmad Dusuki yang juga digelar UAD.

Mengulas lagi tentang isu tersebut yang menjadi buah mulut orang ramai, UAD menegaskan bahawa perkara yang dilarang adalah apabila tarian seseorang itu boleh menimbulkan rangsangan seksual kepada orang yang menonton. Lobak Merah