• Fri. Oct 7th, 2022

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

[VIDEO] Walaupun cedera, peserta silat Malaysia tetap teruskan perlawanan

May 15, 2022 ,
Spread the love

Sejak semalam, video pesilat negara, Al Jufferi Jamari yang kelihatan cedera sewaktu menentang pesilat dari Indonesia,  Iqbal Candra Pratama sedikit membuatkan penyokong team Malaysia panik.

Walau bagaimanapun, menerusi laporan dari Astro Arena, kecederaan yang dialami pesilat berkenaan tidak serius.

Video buat ramai keluar air mata

Namun begitu, tular video ketika Jufferi Jamari menahan kesakitan di bahagian bahu kanan ketika di pusingan kedua ketiga menyertai kategori  70-75kg.

Hal tersebut dikongsikan semula oleh seorang pengguna tikTok dikenali sebagai @kismiskur_kur apabila jelas kelihatan wajah menahan sakit atlet berkenaan namun tetap kuat untuk meneruskan perlawanan.

Semangat tinggi yang ada dalam diri Al Jufferi itu telah membuatkan ramai sebak lebih-lebih lagi video yang dimuat naik disertakan sekali lagu Standing In The Eyes Of The World dendangan ratu rock negara, Ella.

Mana tidaknya, usaha besar atlet-atlet negara dalam memastikan lagu Negaraku berkumandang di bumi orang membuatkan kita sebagai rakyat Malaysia sama-sama terharu walaupun mereka harus berjuang menahan kesakitan untuk mara ke babak selanjutnya.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet yang menonton video rakaman ketika perlawanan suku akhir berkenaan mengakui sebak melihat ekspresi Al Jufferi ketika mengalami kecederaan.

Mereka mendoakan agar pesilat serta atlet-atlet yang sedang berjuang di Hanoi terus bersemangat serta dapat melakukan yang terbaik buat negara Malaysia yang tercinta.

Walau bagaimanapun, menerusi Instagram Astro Arena sempat berkongsi keadaan terkini Al Jufferi yang sudah pun menerima rawatan. Masing-masing mendoakan agar pesilat-pesilat negara diberi kesihatan yang baik serta segera sembuh untuk peringkat seterusnya. OhMyMedia