SHAH ALAM, 28 FEB 2022 – Banjir terutama di Pantai Timur kini memuncak. Hujan seperti tiada tanda untuk berhenti sejak beberapa hari lepas. Rumah, masjid dan sekolah kini dinaiki air dan bila-bila masa sahaja ia boleh menjadi semakin teruk.
.
Bantuan perlu segera disalurkan. Ambil iktibar musibah banjir di Shah Alam baru-baru ini. Jika terlambat, pasti banyak harta yang akan musnah bahkan nyawa juga terancam.
.
Kami di Yayasan An Nabawi menyeru tuan/puan untuk segera menyalurkan bantuan ke Pantai Timur. Sumbangan tertumpu kepada ;
.
✅ Bot & alatan menyelamat
✅ Alatan mencuci
✅ Kit makanan (pek mudah makan)
✅ Air minuman
✅ Kit Pakaian
✅ Kit Bayi
✅ Dana kewangan
.
Skuad Cakna Ummah Yayasan An Nabawi kini sedang menyusun gerak bantuan di Pantai Timur. Sumbangan dan sokongan kalian amat dihargai.
.
Sabda Nabi SW yang bermaksud : Sesiapa yang mempermudahkan ke atas orang yang susah maka Allah akan mempermudahkan urusan dirinya di dunia dan juga di akhirat. Riwayat Ibn Majah (2417)
.
Salurkan bantuan secara online di :
YAYASAN AN NABAWI
Bank Islam: 12038010146587
CIMB: 8605040696
.
Maklumkan transaksi anda untuk direkodkan:
📲 https://wa.link/caknaummah
Jazakallah