• Fri. Mar 21st, 2025

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Walaupun minoriti dalam UMNO, Annuar Musa tetap berani – Penganalisa

Jun 6, 2022
Spread the love

Dua penganalisis menyifatkan Ahli Parlimen Ketereh Annuar Musa sebagai ahli Umno yang berani dan tiada apa untuk dirugikan berikutan “keingkaran” terang-terangannya terhadap gesaan presiden parti Ahmad Zahid Hamidi agar pilihan raya umum (PRU) disegerakan.

Bagaimanapun, penganalisis berkata, Annuar adalah antara minoriti ahli Umno yang tidak mahu PRU15 diadakan awal, walaupun beliau mendakwa ramai dalam Barisan Nasional (BN) menentangnya.

Katanya, ahli Umno percaya mereka mempunyai momentum yang kukuh di pihak mereka, berikutan keputusan pilihan raya negeri (PRN) Melaka dan Johor.

“Masa terbaik (untuk mengadakan PRU15) bagi mereka adalah pada Julai atau Ogos, itulah tanggapan yang saya dapat,” katanya kepada FMT.

Tambahnya, Annuar tahu Zahid dan kem Najib Razak menganggapnya sebagai “musuh” sejak tahun lepas, dan ini bermakna beliau tidak rugi apa-apa apabila bersuara menentang dua tokoh itu.

Azmi Hassan daripada Akademi Nusantara percaya terdapat beberapa puak dalam Umno yang menentang PRU15 kilat dan juga lebih cenderung kepada pakatan Muafakat Nasional (MN) yang dibina bersama PAS.

Annuar tergolong dalam kumpulan ahli Umno ini, kata Azmi.

“Beliau lebih cenderung untuk Umno bukan sahaja bertanding bawah MN malah bekerjasama dengan Bersatu,” katanya.

Bagaimanapun, beliau bersetuju dengan Chin bahawa kumpulan ini adalah minoriti dalam parti.

Kekuatan Umno sekarang hanya tergugat apabila bekerjasama dengan PAS dan lebih-lebih lagi Bersatu, tambahnya.

“Ya, Zahid tidak mendapat sokongan 100% daripada Umno dan juga BN. Namun, kita perlu memberi kredit kepada Zahid dan pasukannya. Sejak keputusan PRU14, Umno kini paling kuat berbanding parti politik lain.”

Dalam gesaan terbarunya menentang PRU15 diadakan awal, Annuar berkata, memorandum persefahaman (MoU) Putrajaya dengan Pakatan Harapan (PH) tiada tarikh luput.

Beliau berkata, MoU itu memberi sokongan kepada Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob sehingga Parlimen dibubarkan, manakala tarikh pembubaran terserah kepada Ismail dan pucuk pimpinan.