PETALING JAYA, 9 JULAI 2022 – Pelawak terkenal Shahrol Shiro meminta pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap seorang wanita dan penganjur CrackHouse Comedy Club yang membuat lawak menyentuh sensitiviti agama Islam.
Shahrol Shiro atau nama sebenarnya Shahrol Azizie Azmi yang memuat naik video berkenaan di laman Facebooknya turut mempersoalkan tindakan melampau kedua-dua pihak berkenaan.
“Nak buat lawak pun ada garisan batasnya. Lepasi garisan tersebut adalah menghina dan kamu telah menghina dengan menggunakan content agama Islam. Ini betul-betul sudah melampau!” katanya.
Berdasarkan video berdurasi 53 saat tersebut, wanita itu memperkenalkan dirinya sebagai Siti Amira Abdullah dari Kuala Kangsar, Perak dan mengakui sebagai orang Islam.
Dia juga turut mengaku menghafal 15 juzuk al-Quran sebelum bertindak membuka tudung dan baju kurung yang dipakainya.
Selepas itu, wanita berkenaan hanya berpakaian seksi dengan berskirt pendek.
- BBC Portal