SHAH ALAM, 2 JANUARI 2022 – Mangsa banjir di Sg Lui dan Dengki Selangor hari ini, terkejut dengan kehadiran Timbalan Menteri Wanita merangkap Pengerusi Khidmat Malaysia, YB Dato’ Hajah Siti Zailah Mohd Yusoff.
YB Dato’ Hajah Siti Zailah yang hadir dengan meredah lopak dan tanpa protokol bertanya khabar keadaan mangsa-mangsa selain menyampaikan sumbangan barangan keperluan asas kepada mereka.
Seorang warga emas penerima bantuan terharu dengan kehadiran YB Dato’ Hajah Siti Zailah Mohd Yusofff hingga tidak dapat menahan air mata tanda syukur sebab ada pihak yang perihatin dan peduli tentang tentang nasib yang menimpa mereka.
Pengerusi Khidmat Malaysia, turut berpesan agar mereka bersabar dan tabah menghadapi dugaan daripada Allah SWT.
Berat mata kita memandang sudah pasti lebih berat lagi bahu mereka yang menjadi mangsa banjir memikulnya.
Berkhidmat Untuk Kemanusiaan. Beramal Kerana Allah.
TENKIU