WORLD CUP 2022 – BARAT VS PERADABAN ISLAM
World Cup 2022 kali ini menawarkan budaya, konsep pelancongan – dakwah yang sangat cemerlang. Perjalanan penganjuran juga berjalan dengan baik. Qatar dengan kuasa duit
yang ada telah menunjukkan yang mereka tak perlu menjadi Barat untuk anjurkan Piala Dunia. Sebelum ini, Piala Dunia adalah tempat kemuncak pesta mabuk, seks dan hiburan yang mana berhimpun segala jenis orang dari 32 negara. Di Brazil (Piala Dunia 2014), kempen jualan besar besaran condom, alkohol serta kempen seks bebas dilancarkan sesuai dengan matlamat Brazil ingin menjadikan Kempen Piala Dunia di Brazil sebagai edisi penganjuran paling seksi. Itu temanya. Perempuan macam animal dan tidak rasa selamat.
Qatar mengambil ruang kebebasan bersuara yang sering dilaungkan barat untuk mempromosi ajaran Islam secara terbuka, menguatkuasa undang-undang ketat seks tanpa nikah terhadap pemain dan penyokong (jika disabitkan, boleh dipenjara 7 tahun), minuman beralkohol di tempat awam dan berparti. Secara fakta, larangan seks bebas ditetapkan buat kali pertama dalam penganjuran Piala Dunia. Qatar juga melarang sebarang unsur LGBT. Di Stadium pula, para penonton mesti berpakaian sopan dan tidak boleh mendedahkan bahagian dalam badan apatahlagi menanggalkan pakaian.
Apa Yang Qatar Lakukan ?
✔️Kementerian Wakaf Qatar telah mengadakan pameran tentang Islam dalam pelbagai bahasa.
✔️Semua bilik hotel terdapat QR Code untuk memperkenalkan ajaran Islam.
✔️Mewujudkan Qatar Quest Centre yang menyediakan 2000 pasukan dakwah untuk memperkenalkan agama Islam
✔️Menyediakan tempat solat dan wudhu’ di Stadium
✔️Menyediakan paparan Hadis Rasulullah SAW di setiap sudut ruang Kompleks
✔️Menyediakan alat pembesar suara untuk melaungkan azan di semua stadium
Apa yang berlaku?
Inisiatif baru diambil yang bertujuan melawan naratif Barat tentang Islam. Mereka diracuni minda bahwa Islam adalah radikal dan terroris namun hasil penerangan yang dibuat, banyak membetulkan salah faham mereka yang rata-rata pertama kali mendengar penjelasan tentang Islam.
Edisi penganjuran Piala Dunia yang lepas banyak menyaksikan aktiviti tidak senonoh dan banyak rusuhan terutama dari penyokong yang tak dapat terima kekalahan. Kali ini, agak hairan tiada. Mungkin selama ini mereka merusuh, hilang rasional kerana pengaruh alkohol. Sekarang aman sahaja, bila sel otak bersambung dengan baik.
Morocco Membawa Kemuncak
Kemuncak dari contoh dan imej Islamik yang terzahir di Qatar adalah pasukan Morocco. Edisi sebelum-sebelum ini, fenomena WAGs (Women dan Girlfriends) pemain-pemain bola sangat merimaskan. Kerja Media pula hangat siarkan perempuan ini isteri siapa, awek siapa. Pemain bola pula bertanding aweks siapa paling cantik dan seksi. Jurulatih pun berbulu mata tengok karenah.
Edisi kali ini, Barat tergamam apabila para pemain Morocco mencari ibu-ibu mereka di tepi padang selepas jaringkan gol dan raikan kemenangan. Ibu-ibu dikucup di dahi dan dibawa ke padang. Media sayu menangkap foto si ibu dan anak bergembira, berpelukan di Padang. Kehidupan sekular barat bukan sahaja telah memisahkan diri mereka dari agama tetapi termasuk juga nilai kemanusiaan dan kekeluargaan. Ini pertama kali berlaku, jika dahulu, para pemain meraikan kemenangan dengan aweks mereka.
Tahniah Qatar
Semoga penganjuran di Qatar ini memberi inspirasi kepada negara-negara Muslim yang terlibat apa-apa penganjuran Sukan peringkat Antarabangsa. Bukan sahaja nilai agama yang boleh kita war-warkan, kita juga boleh mempromosi kebudayaan lokal. Kadang-kita terlalu meraikan orang kulit putih hingga semua benda nak ikut mereka sampai lupa menonjolkan keistimewaan tanah air sendiri.