• Mon. Dec 9th, 2024

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

YB Shah Alam Mohon Maaf Dakwa PAS Putar Belit Angka Jualan Tanah Tabung Haji

Spread the love

Ahli Parlimen (MP) Shah Alam, YB Khalid Samad terlanjur kata lagi. Seperti biasa, maaf dipohon selepas ‘posting’. Kali ini MP Parti Amanah Negara (PAN) tersebut tersilap langkah dengan mendakwa PAS memutar belit angka jualan tanah Lembaga Tabung Haji (TH) untuk keuntungan politik.

“Maaf atas kekeliruan” coret MP Shah Alam tanpa menyebut kepada siapa sama ada Parti Islam Semalaysia (PAS) atau pembaca yang dikelirukannya. Hantaran ‘tidak betul’ MP Shah Alam dalam ‘tweet’ beliau, “Sanggup pertahankan yang merosakkan TH asalkan dapat keuntungan politik. Sehingga angka pun nak diputar belitnya. Melayu Isle perjuangan PAS lor niih.”

‘Tweet’ beliau ini bersumberkan hantaran MP Parit Buntar, YB Datuk Seri Dr Mujahid Yusof sehari sebelumnya.  MP Parit Buntar alias Naib Presiden PAN, alias bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada 24 Julai 2020 mencatatkan, “Timb Menteri Agama dari PAS dan walaun tak reti Matematik. Tanah THP, BSV sdn bhd diletakkan pd harga RM170juta dgn keluasan total 6,513.8 ha.Jika satu hektar akan jadi RM26,098..mai mana RM4,500/ha.”

Hakikatnya angka tersebut betul. Timbalan Menteri di JPM, YB Ahmad Marzuk Shaary menyebut nilaian RM4,500 sehektar itu merujuk kepada ‘unplanted area’ atau tanah kosong, iaitu jawapan kepada soalan lisan daripada MP Parit Buntar sendiri. Ini terbukti dalam catatan hansard Parlimen 22 Julai 2020 pada halaman 29.

Timbalan Menteri daripada PAS itu secara tenang dan matang menimbulkan persoalan kenapa kerajaan Pakatan Harapan lalu menjual anak syarikat THP yang memiliki tanah tanaman kelapa sawit kepada syarikat bukan bumiputera, Tamaco Plantation Sdn Bhd. dengan harga rendah di bawah nilaian sebenar.

Penjualan dibuat dengan nilai RM170 juta, iaitu jauh lebih rendah daripada penilaian asal sebanyak RM280 juta pada Disember 2018 oleh jurunilai bebas CH Williams Talhar & Wong. Nilai jualan ini juga rendah daripada harga RM224 juta pada April 2020 oleh Jabatan Penilaian & Perkhidmatan Harta (JPPH) yang kemudian diminta dinilai semula oleh THP dan diturunkan kepada RM198 juta.

Sehingga hari ini, MP Parit Buntar belum memohon maaf. Saya tidak jangkakan sebarang permohonan maaf. Sebabnya MP begini malas membaca hansard Parlimen. Sepatutnya, YB-YB di Parlimen bersikap amanah dengan menjadikan setiap ‘baris lidah’ berdasarkan kebenaran dan fakta.

Wakil rakyat seperti MP Shah Alam dan MP Parit Buntar seringkali mengeluarkan provokasi serta kata-kata yang tidak berfakta. Justeru, apalah harapan kita rakyat bawahan selain mengajak seluruh rakyat mengeluarkan mereka daripada Parlimen dalam PRU-15 nanti.

Dr Nabila Din

Shah Alam

27 Julai 2020, 9.15am