• Fri. Feb 23rd, 2024

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

YDP PAS Shah Alam ziarah bekas AJK di KPJ Selangor

Apr 5, 2023
Spread the love

SHAH ALAM: Yang Dipertua PAS Kawasan Shah Alam (PKSA), Ustaz Mohamed Sukri Omar menziarahi bekas Ahli Jawatan Kuasa (AJK) kawasan tersebut Hj Hasanuddin Ahmad di KPJ Selangor, Seksyen 20 Shah Alam.

Menurut Muhammad Hamizan bin Nadri, Ketua Lajnah Kebajikan PKSA program ziarah tersebut diatur untuk menunjukkan kebersamaan dan merasai ujian kesakitan yang ditanggung, terutama dalam bulan Ramadhan.

Hj Hasanuddin yang juga AJK PKSA sesi 2019/2021 menceritakan detik-detik awal beliau diserang sakit dada dan terasa kebas di bahagian kaki sebelum dirujuk ke hospital tersebut.

Malah, isteri beliau juga diuji dengan jangkitan Covid-19 hingga terpaksa dikuarantin di hospital dan di rumah pada masa tersebut.

Untuk rekod, anak beliau Ustaz Mohd Fadhil Hasanuddin yang juga AJK Pemuda PAS kawasan meninggal dunia setahun lalu.

Sempena ziarah satu jam tersebut, Ustaz Sukri turut menyampaikan sumbangan daripada PKSA. Beliau turut mengetuai doa agar Hj Hasanuddin dikurniakan kesihatan dan keselamatan yang baik untuk terus bersama aktiviti jamaah.

Turut meluangkan masa dalam ziarah tersebut ialah pimpinan PKSA, Dr Najmuddin Abdullah, Pengarah Pilihan Raya, Anas Kamaluddin, Timbalan Lajnah Pendidikan dan Modal Insan serta Mohd Huzaifah Mokhtar, Ketua Penerangan Pemuda PKSA. (Penerangan PKSA)